Sewa kantin sekolah ditangguh dua bulan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kutipan sewa kantin sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditangguhkan selama dua bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM, Noor Azman Abdul Rahman melalui surat edaran bertarikh 5 Januari 2022 kepada semua pengarah pendidikan negeri dan Wilayah Persekutuan.

Menurut surat berkenaan, keputusan itu dibuat susulan kementerian bersama agensi berkaitan sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan inisiatif pelanjutan pengecualian sewaan kantin sekolah untuk tahun 2022.

"Sehubungan itu, pihak YBhg Datuk/ Dato'/ Dr/ Tuan/ Puan dipohon untuk memaklumkan kepada semua pentadbir sekolah di bawah seliaan jabatan supaya menangguhkan terlebih dahulu kutipan sewaan kantin bagi bulan Januari dan Februari tahun 2022 sehingga dimaklumkan kemudian," kata surat berkenaan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan pengusaha kantin merintih terbeban dengan kadar sewaan penuh antara RM1,600 sehingga RM2,800 sebulan mulai Januari 2022 meskipun sekolah melaksanakan sistem penggiliran kehadiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!