Waris mangsa kemalangan dicari

Hospital Port Dickson mencari waris seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital pada 18 Disember tahun lalu. - Foto Hospital Port Dickson
Hospital Port Dickson mencari waris seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital pada 18 Disember tahun lalu. - Foto Hospital Port Dickson
A
A
A

PORT DICKSON - Hospital Port Dickson sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang dipercayai mangsa kemalangan di kawasan Lukut di sini pada 18 Disember tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Port Dickson, Amirul Aidi berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada pesakit ini ketika dia dihantar ke hospital pada hari kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian pesakit ini menunggang basikal dan dipercayai dilanggar di kawasan Lukut sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

"Akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan di bahagian otak mungkin akibat gegaran ketika berlaku kemalangan dan sehingga kini tidak sedarkan diri," katanya pada Khamis.

Katanya, berdasarkan keterangan doktor juga, pesakit ini tiada sebarang tanda dia pernah disuntik Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

"Kami sudah menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak Imigresen untuk membuat semakan melalui cap jari pesakit, namun setakat ini masih belum ada maklumat yang diperoleh.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pesakit ini boleh hubungi saya di talian 06-6487333 sambungan 202 untuk perkembangan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!