[VIDEO] Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam: Ahmad Marzuk

Upacara ritual menolak banjir dilakukan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali Puteri Zaleha yang tular di media sosial pada Rabu.
Upacara ritual menolak banjir dilakukan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali Puteri Zaleha yang tular di media sosial pada Rabu.
A
A
A

JELI - Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim dan individu lain yang terlibat.

"Tindakan itu jelas membawa unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam iaitu unsur khurafat dan tahyul yang dilakukan dalam upacara itu.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa agama negeri (JAIPk) mengenakan tindakan lebih tegas (kepada individu terlibat)," katanya pada sidang media selepas Program Musaadah Banjir di Pasti Nur Fatihah Kuala Balah di sini pada Khamis.

Pada Rabu JAIPk dilaporkan akan memanggil Ibrahim berhubung satu ritual kononnya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, selain Ibrahim, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya berharap bakal jemaah bersabar dengan penangguhan umrah yang diumum kerajaan, Sabtu lepas.

Sementara itu di Perak, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata Ibrahim, 71, membuat laporan mengenai ritual itu di Balai Polis Teluk Intan kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Raja Bomoh membuat laporan polis menafikan upacara yang dilakukan olehnya tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Agama Islam sebaliknya hanya mendoakan keselamatan semua penduduk supaya tidak berlaku banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, laporan itu telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan JAIPk. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!