Arnold ganti Woodward di Old Trafford

Woodward dan Arnold dua watak penting dalam memacu komersial Manchester United.
Woodward dan Arnold dua watak penting dalam memacu komersial Manchester United.
A
A
A

MANCHESTER United melantik Richard Arnold sebagai ketua pegawai eksekutif kelab itu menggantikan naib pengerusi eksekutif, Ed Woodward.

Arnold, yang menjadi pengarah urusan selama lebih lapan tahun, sebelum ini merupakan antara pilihan mengambil alih tampuk kepimpinan kelab Inggeris itu selepas Woodward mengumumkan pada April lalu bahawa dia akan meletakkan jawatan.

Woodward, yang bersama kelab itu sejak pengambilalihan tahun 2005 oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat, merupakan antara tokoh utama dalam projek pemisahan Liga Super Eropah yang menimbulkan kemarahan dan protes dalam kalangan penyokong.

Woodward akan melepaskan posisi itu pada 1 Februari apabila Arnold mengambil alih sebagai ketua pegawai eksekutif, jawatan yang telah dikosongkan sejak tempoh perkhidmatan cemerlang oleh David Gill pada 2013.

Woodward dan Arnold sebelum ini dipuji apabila memacu kejayaan komersial dan menyelia menandatangani beberapa kontrak penajaan yang menguntungkan kelab.

Untuk rekod, United, yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris terakhirnya pada 2013 di bawah bimbingan Alex Ferguson.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!