1,100 kedai peralatan elektrik berdaftar di bawah R3B

Sebanyak 1,100 kedai peralatan elektrik di seluruh negara berdaftar di bawah program Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).
Sebanyak 1,100 kedai peralatan elektrik di seluruh negara berdaftar di bawah program Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,100 kedai peralatan elektrik di seluruh negara berdaftar di bawah program Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan menambah jumlah tersebut dari masa ke masa.

"Kita akan mempermudahkan mangsa banjir untuk membeli peralatan elektrik bagi menggantikan yang telah rosak akibat bencana itu," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Menurutnya, tuntutan rebat yang dibuat oleh pemilik kedai berdaftar akan diselesaikan kementerian dalam tempoh tujuh hari.

"Saya beri jaminan tuntutan akan selesai dalam tempoh itu selepas disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Datuk Zurinah Pawanteh," jelasnya.

Beliau berkata, R3B yang bermula 7 Januari (Jumaat) merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban mangsa banjir bagi menggantikan peralatan elektrik rosak akibat bencana itu.

"Bantuan ini dikhususkan untuk warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik, rumah kediaman terkesan banjir dan tersenarai sebagai mangsa banjir yang disahkan oleh Pusat Kawalan Bencana Operasi," katanya.

Takiyuddin berkata, bantuan tersebut hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan dan tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.

Artikel Berkaitan:

"Walau bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!