Jangan anggap Omicron varian ringan: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengategorikan Omicron sebagai varian yang lebih ringan. - Foto AFP
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengategorikan Omicron sebagai varian yang lebih ringan. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Varian baharu Covid-19, Omicron tidak boleh dianggap ringan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan bilangan orang yang dijangkiti varian baharu itu dengan cepat berbanding varian Delta yang sebelumnya dominan di kebanyakan negara.

Ia sekali gus membawa maksud bahawa hospital sedang dibanjiri dengan pesakit.

"Walaupun Omicron nampaknya kurang teruk jika dibandingkan dengan Delta, terutamanya kepada mereka yang diberikan vaksin, itu tidak bermakna ia perlu dikategorikan sebagai ringan," kata Tedros pada sidang media.

"Sama seperti varian sebelumnya, Omicron menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital dan membunuh mereka," jelasnya.

"Sebenarnya, tsunami kes sangat besar dan cepat," tambahnya.

Hanya kurang 9.5 juta kes Covid-19 baharu dilaporkan kepada WHO pada minggu lalu yang merupakan satu rekod dan meningkat sebanyak 71 peratus.

Sehubungan itu, Tedros mahukan sebanyak 70 peratus penduduk telah mendapat suntikan vaksinasi di setiap negara pada pertengahan tahun 2022. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!