'Google Maps' bantu polis tangkap anggota mafia Itali

Seorang anggota mafia, Gioacchino Gammino (kanan) ditangkap selepas dia dikesan berada di kedainya di Sepanyol baru-baru ini. - Foto Google Maps
Seorang anggota mafia, Gioacchino Gammino (kanan) ditangkap selepas dia dikesan berada di kedainya di Sepanyol baru-baru ini. - Foto Google Maps
A
A
A

MADRID - Seorang pelarian mafia Itali berjaya ditangkap oleh polis di Sepanyol, baru-baru ini selepas 20 tahun berada dalam pelarian selepas seorang detektif melihat kelibatnya di Peta Google atau Google Maps.

Anggota mafia itu, Gioacchino Gammino merupakan antara perusuh paling dikehendaki di Itali yang telah disabitkan dengan pembunuhan tetapi berjaya melarikan diri dari penjara di Rom pada tahun 2002.

Dia kemudian tinggal di di Galapagar, sebuah bandar di utara Madrid.

Lelaki berusia 60 tahun itu juga bertindak menukar namanya, bekerja sebagai tukang masak dan membuka kedai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dia ditangkap pada 17 Disember tahun lalu dan berasa bingung bagaimana polis berjaya mengesannya.

Selepas ditangkap dia kemudian bertanya bagaimana polis berjaya menemuinya kerana anggota mafia tersebut tidak pernah menelefon keluarganya sejak 10 tahun lalu.

Gammino kini akan menjalani hukumannya di negara asalnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!