Kandang Kambing Jadi Safari

No Image Caption
A
A
A
Sekali imbas dari kejauhan dapat dilihat seakan-akan safari terapung, namun ia adalah penempatan haiwan ternakan Abdul Razif Abdul Rahman, 34, yang digenangi air ketika tinjauan fotoBernama. Limpahan air sungai Chondan sejak Rabu lepas menyebabkan kandang kambing setinggi enam kaki yang dibina di Kampung Tekam, dekat sini, dinaiki air sehingga dua kaki dan kelihatan seolah-olah kandang tersebut terapung. Abdul Razif berkata kandang yang memuatkan 80 ekor kambingnya itu terlalu padat dan terpaksa diletakkan dalam satu kawasan kerana bimbang haiwan tersebut lemas dalam air banjir. - Foto Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia