Abdul Hamid pangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Abdul Hamid Bador memangku jawatan berkenaan ekoran Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara pada 17 Mac ini.

Majlis Serah Terima Tugas disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Noor Rashid, 60, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Disember 2014.

Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Mohd Zinin.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan serah tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia, Puan Seri Shahriza Saad kepada Datin Seri Norazrin Marzuki.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!