Cubaan pecah ATM gagal
KLANG - Sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini cuba dipecahkan dalam kejadian pagi Jumaat.
Difahamkan, tindakan tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila pintu besi ATM berkenaan gagal dipecahkan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, polis sedang menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berhubung kejadian.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!