Makmal dadah terbesar di kilang baiki mesin

Zulkifli menunjukkan serbuk yang diproses menjadi pil oleh kumpulan sindiket itu.
Zulkifli menunjukkan serbuk yang diproses menjadi pil oleh kumpulan sindiket itu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Polis melumpuhkan aktiviti memproses dadah disyaki jenis ekstasi dan syabu bernilai hampir RM30 juta di kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada jam 8 pagi itu adalah hasil risikan mengenai kumpulan sindiket terbabit sejak sebulan lalu.

"Ketika serbuan tiga lelaki ditahan iaitu dua lelaki termasuk seorang 'pakar kimia' warganegara Singapura di dalam premis berkenaan, masing-masing berusia 53 dan 60 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan dalam lokasi berasingan di sebuah rumah di Gadong, Melaka Tengah.

Menurutnya, serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan di Melaka dan Johor menemui dan merampas pelbagai jenis bahan kima serta peralatan memproses dadah termasuk 285.6kg serbuk ekstasi dan 6.2kg serbuk disyaki syabu.

Sebahagian bahan kimia dan peralatan memproses dadah yang dirampas dalam serbuan itu.
Sebahagian bahan kimia dan peralatan memproses dadah yang dirampas dalam serbuan itu.

"Terdapat pelbagai jenis peralatan untuk memproses dadah jenis syabu dan ekstasi termasuk mesin serta acuan bagi membentuk pil ekstasi selain ditemui ketika pemeriksaan dilakukan selain kita juga jumpa 562 biji pil ekstasi yang diproses seberat 117 gram.

"Empat kereta, sebuah motosikal dan sebuah jet ski bernilai RM337,080 selain wang tunai berjumlah RM2,080 dirampas dan ini adalah premis pemprosesan dadah terbesar di negara pada tahun ini," katanya.

Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati premis kilang yang berselindung di sebalik kilang membaiki mesin itu beroperasi menggunakan teknologi sendiri hingga tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan bagi menggelakkan aktiviti mereka dihidu polis.

Artikel Berkaitan:

Zulkifli melihat sebahagian peralatan dan bahan kimia yang dirampas dalam serbuan di tiga lokasi berasingan.
Zulkifli melihat sebahagian peralatan dan bahan kimia yang dirampas dalam serbuan di tiga lokasi berasingan.

"Siasatan awal mendapati 'pakar kimia' itu tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang itu namun kita percaya dia mempelajari cara-cara memproses dadah dalam kalangan rakannya dengan cara yang licik dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

"Saringan ujian urin kesemua suspek negatif dan mereka direman sehingga 20 Mac ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket seludup, edar dadah RM850,000

Sindiket proses pil ekstasi, syabu diserbu

MELAKA - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, menumpaskan sindiket memproses pil ekstasi dan syabu bernilai hampir RM30 juta dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian kecil dan sederhana (IKS) Alor Gajah Rabu lalu. Laporan MOJO Sinar Harian Melaka, NOR FARHANA YAACOB.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Friday, March 15, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!