Manchester City mudah atasi Swindon

Palmer mengawal bola walaupun cuba diasak dua pertahanan Swindon Town - Foto goal
Palmer mengawal bola walaupun cuba diasak dua pertahanan Swindon Town - Foto goal
A
A
A

PENDAHULU Liga Premier Inggeris (EPL), Manchester City mudah melepasi cabaran Swindon Town pada pusingan ketiga Piala FA apabila menang 4-1, pada Jumaat.

City yang menurunkan sebahagian besar pemain utamanya dilihat tidak berdepan masalah untuk merobek gawang skuad Liga Kejuaraan (Liga 2) itu, menerusi Bernardo Silva pada minit ke-14, Gabriel Jesus (min-28), Illkay Gundogan (min-59) dan pemain muda dari akademi City, Cole Palmer pada minit ke-82.

Bagaimanapun, penyerang skuad The Robins, Harry Mckirdy menceriakan seketika penyokong yang memenuhi County Ground menerusi jaringan tunggal pada minit ke-78 setelah penjaga gol Lewis Ward menafikan gol kelima City apabila menyelamatkan sepakan penalti Gabriel Jesus.

Mengulas mengenai aksi dipamerkan City pada perlawanan berkenaan, penolong pengurus, Rodolfo Borrel menegaskan, pihaknya nyata tertarik dengan aksi dipamerkan Palmer hingga berjaya menjaringkan satu gol.

Katanya, perkara berkenaan dilihat sebagai petanda positif buat pasukan dan berharap pemain berkenaan akan terus menjaringkan gol pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Dia (Palemer) telah berlatih dengan kita setiap hari dan dia sebenarnya memiliki kualiti yang hebat sebagai pemain City, semua orang tahu mengenai perkara itu.

“Kita mungkin akan lebih banyak menurunkannya dalam kesebelasan utmaa pada masa akan datang dalam usaha memberikannya lebih banyak.

“Perkara ini pernah kami lakukan pada Phil Foden sebelum ini dan kini lihatlah di mana dia (Foden), berada pada hari ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, pengendali City, Pep Guardiola tidak bersama dengan skuad The Citizens itu kerana melalui proses isolasi gara-gara disyaki positif Covid-9.

Sementara itu, pengendali Swindon Town, Ben Garner menyifatkan aksi berdepan City sebagai satu perlawanan yang istimewa di sebalik keputusan perlawanan yang tidak memihak kepada mereka.

“Sebenarnya kita juga tidak yakin mampu menewaskan pasukan gergasi seperti City, tetapi saya percaya kesebelasan pemain yang beraksi telah meraih pengalaman yang cukup berharga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!