Pemain United perlu bekerjasama
PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick menegaskan bahawa skuad The Red Devils itu perlu saling bekerjasama dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Menurutnya, kerjasama itu penting bagi memastikan kesebelasan United mampu memaksimumkan kawalan bola bagi mana-mana perlawanan dan situasi berkenaan dilihat mampu menghasilkan kejayaan buat pasukan.
“Bagi saya, semua pemain perlu saling bekerjasama pada setiap ketika kerana dengan kerjasama, barulah kita akan dapat menguasai permainan (bola).
“Dalam permainan, pa saja yang kita lakukan, ia mestilah dilakukan bersama-sama dan ia perlu dilakukan dengan penuh intesiti.
“Kita sedang berusaha menambahbaik perkara (kerjasama) ini agar kita tidak mengulangi perkara yang kita lakukan ketika berdepan Wolves 4 Januari lalu ketika kita berdepan Aston Villa bagi aksi Piala FA, Selasa ini,” katanya.
Untuk rekod, United tewas 0-1 kepada Wolves pada perlawanan berkenaan dan menyaksikan skuad The Red Devils itu kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 31 mata setelah mengharungi 19 perlawanan setakat ini.
Sementara itu Rangnick meminta pemain untuk mengubah suai sedikit corak taktikal yang diamalkan selama ini bagi memastikan keseimbangan ketika beraksi kelak.
Katanya, keseimbangan aksi yang dipamerkan pemain dalam mana-mana perlawanan yang diharungi, dilihat mampu menjamin kejayaan pasukan.
“Saya tahu pemain mula untuk mengadaptasi corak taktikal yang saya sebutkan tadi dan ia dipercayai telah pun dilakukan ketika berdepan Crystal Palace, Burnley selain ketika berdepan Norwich dan Newcastle.
“Hasil keseimbangan itu, kami bolos lebih sedikit. Namun, ketika ini kita perlu mencari keseimbangan yang bersesuaian antara jentera serangan dan juga benteng pertahanan kerana kita perlu memperkuatkan kedua-dua posisi ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!