Hujan berterusan di 10 kawasan di Sarawak mulai Selasa

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari (Selasa) hingga 13 Januari ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari (Selasa) hingga 13 Januari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari (Selasa) hingga 13 Januari ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter pada 12 tengah hari Sabtu memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!