PKR persoal Saifuddin lantik dua penasihat khas

Pada 7 Januari, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Randdy Yap Kim Heng dan Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris telah dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang melantik ‘orang sendiri’ dianggap sebagai modal politik peribadi dan tidak mencerminkan tatacara serta protokol yang profesional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Pahang, Lee Chean Chung kesal dengan tindakan Saifuddin yang dilihat sebagai satu penghinaan terhadap pegawai tadbir diplomatik.

Beliau juga bendahari Agung PKR berkata, pembayaran elaun dan gaji bagi pegawai serta setiausaha untuk Duta Khas mencecah RM 145,653 setiap bulan, bermakna RM1.70 juta setiap tahun tidak termasuk elaun dan gaji duta-duta khas.

“Di mana rasionalnya kerajaan perlu melantik penasihat baharu sedangkan menteri seharusnya bekerjasama dengan Duta Khas tanpa perlu melantik penasihat baharu?

“Saya berpendapat, tindakan tersebut melangkaui proses pelantikan pegawai tadbir diplomatik dengan melantik orang luar adalah tidak memenuhi tatacara kementerian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, Kementerian Luar Negeri telah mempunyai sistem latihan yang sempurna, malah ada pegawai tadbir diplomatik yang profesional untuk memberi cadangan.

Pada 7 Januari, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Randdy Yap Kim Heng dan Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris telah dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Randdy Yap yang juga Pengerusi Gerakan Pahang dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Mengenai Asia Timur manakala Mohd Banuri sebagai Perunding Hal Ehwal kebajikan Antarabangsa berkuat kuasa Oktober tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!