Tun M selamat jalani prosedur perubatan elektif, kini semakin pulih: IJN

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dalam keadaan sihat dan terjaga sepenuhnya selepas selesai menjalani prosedur perubatan elektif di Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu.

Bahagian Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan berkata, prosedur perubatan tersebut berjalan lancar dan teratur.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan perkembangan klinikal semasanya, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka akan dibenarkan keluar daripada IJN dalam beberapa hari lagi.

“Berikutan prosedur operasi standard (SOP) semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat Dr Mahathir di IJN.

“Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah (isterinya) merakamkan ucapan terima kasih di atas segala ucapan selamat, kebimbangan dan doa daripada orang ramai,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun selepas beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Pada 16 Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama.

Pada Jumaat, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada Jumaat bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!