Juventus sedia rebut gelaran Serie A dalam dua tahun

Allegri - Foto Italy 24 News
Allegri - Foto Italy 24 News
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri menegaskan skuad kendaliannya itu sedang melalui fasa ‘pembinaan semula’ dan bersedia untuk kembali merebut gelaran juara Serie A dalam tempoh dua tahun, dari sekarang.

Menurut Allegri, biarpun telah memenangi sembilan trofi Serie A sebelum ini, namun kali ini terpaksa merelakan trofi Serie A musim ini terlepas kepada Inter Milan yang dikemudi bekas pemain Juventus, Andre Pirlo.

“Saya mula datang ke Turin dan merancang untuk mula melakukan perubahan kepada kelab ini untuk kembali muncul selaku pencabar utama Serie A dalam tempoh dua tahun mulai sekarang.

“Kami seharusnya telah melakukan yang terbaik, tetapi ia melibatkan soal pembangunan dalam pasukan.

“Bagaimanapun proses ini memerlukan kesabaran dan saya tahu mengenainya dan ia sama sekali tidak menggentarkan saya kerana semua orang mahukan kemenangan bagi merebut Scudetto (trofi); tetapi dalam masa sama anda perlu tahu bagaimana untuk membina (pasukan),” katanya.

Untuk rekod, Juventus memulakan aksi Serie A pada musim 2022 dengan terikat 1-1 ketika berdepan Napoli.

Susulan keputusan berkenaan, Allegri menyifatkan Juventus perlu membentuk jentera serangan berbisa jika mahu mencatatkan lebih banyak kemenangan selepas ini.

Katanya, dengan rekod 28 jaringan setelah mengharungi 20 perlawanan Serie A, ia bukanlah satu rekod yang boleh dibanggakan.

Artikel Berkaitan:

“Pasukan ini perlu menjaringkan lebih banyak gol dan kami akan terus berusaha untuk meningkatkan keupayaan pemain terutamanya bagi jentera serangan pasukan.

“Sasaran kami adalah untuk menamatkan saingan Serie A pada kedudukan empat pasukan teratas dan ia menjadi matlamat utama kami bagi menamatkan musim ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!