MPOGCF bantu kerajaan tangani kempen anti minyak sawit

MPOGCF akan terus bekerjasama dengan syarikat perladangan selaku pemain utama industri serta agensi kerajaan bagi menangkis kempen anti minyak sawit Malaysia.
MPOGCF akan terus bekerjasama dengan syarikat perladangan selaku pemain utama industri serta agensi kerajaan bagi menangkis kempen anti minyak sawit Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) akan terus bekerjasama dengan syarikat perladangan selaku pemain utama industri serta agensi kerajaan bagi menangkis kempen anti minyak sawit Malaysia.

Pengurus Besarnya, Zamakhshari Muhamad berkata, langkah drastik itu bertujuan memperkukuhkan pasaran minyak sawit Malaysia ke seluruh dunia.

“MPOGCF selaku agensi yang menyokong program dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar yang berkait secara langsung dengan industri sawit sentiasa bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggunakan pendekatan menyerang untuk mengubah persepsi negatif melibatkan isu alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, MPOGCF juga akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, kerajaan negeri, jabatan perhutanan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dalam dan luar negara serta syarikat korporat yang terlibat secara aktif dalam inisiatif pemuliharaan biodiversiti negara.

“Kita juga akan memanfaatkan peranan penting media tradisional dan baharu bagi menyampaikan maklumat tepat sekali gus membuktikan industri sawit Malaysia bertanggungjawab dan mampan alam sekitar,” katanya.

Jelas Zamakhshari lagi, usaha bagi melindungi industri sawit Malaysia akan lebih berkesan dengan penglibatan semua pihak kerana industri berkenaan terbukti memberi sumbangan besar kepada sosial ekonomi negara ini.

Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sebarang dakyah yang mengatakan minyak sawit hasil keluaran negara ini tidak berkhasiat tidak berasas.

Hal itu termasuk pengurusan perladangan sawit negara yang didakwa menjejaskan alam sekitar selain penggunaan buruh paksa dalam kalangan kanak-kanak untuk menguruskan ladang.

Artikel Berkaitan:

Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini memboikot minyak sawit negara dan mengklasifikasikan industri sawit sebagai tidak mampan dan punca kepada kemusnahan hutan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!