Sahakyan meninggal selepas koma 10 hari

Sahakyan
Sahakyan
A
A
A
PETINJU Armenia-Rusia, Arrest Sahakyan meninggal dunia pada usia 26 tahun selepas koma 10 hari.

Sahakyan sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan otak susulan tewas menerusi knock out pada 26 Disember lalu.

Perkara tersebut disahkan saudaranya, Svetlana Petrosyan sambil memberitahu urusan pengebumian Sahakyan akan diadakan di Yerevan, Armenia.

“Bagaimana mahu meneruskan hidup. Jiwa kami kegembiraan kami telah pergi. Perasaan kami sangat sedih. Saya tidak percaya. Ia seperti mimpi buruk.

“Kami sangat sayangkan kamu. Kamu seorang yang baik hati, selalu berikan kegembiraan dan juga seorang yang jujur,” tulisnya di Instagram.
Artikel Berkaitan:


Selain terlibat dalam aktif dalam sukan tinju, Sahakyan juga beraksi dalam sukan seni bela diri campuran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!