Objek misteri di bulan sebenarnya batu bentuk arnab

Satu objek ganjil yang ditemui dari jarak jauh pada Disember tahun lalu oleh sebuah kenderaan penjelajah milik China di bulan akhirnya dikenal pasti sebagai seketul batu.
Satu objek ganjil yang ditemui dari jarak jauh pada Disember tahun lalu oleh sebuah kenderaan penjelajah milik China di bulan akhirnya dikenal pasti sebagai seketul batu.
A
A
A

BEIJING - Satu objek ganjil yang ditemui dari jarak jauh pada Disember tahun lalu oleh sebuah kenderaan penjelajah milik China di bulan akhirnya dikenal pasti sebagai seketul batu.

Menurut Outer Space iaitu sebuah saluran sains dalam bahasa Cina yang rapat dengan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA), batu itu kelihatan seperti seekor arnab.

Objek itu dikenal pasti sebagai seketul batu selepas kenderaan penjelajah China berjaya mendekati objek itu pada Jumaat lalu.

Pada Disember tahun lalu, kenderaan penjelajah milik China, Yutu 2 merakamkan sebuah objek ganjil dari jarak jauh dengan menggunakan kamera di permukaan bulan.

Saintis China kemudian memberikan nama objek itu sebagai pondok misteri.

Bagaimanapun, pasukan Yutu 2 memberikan nama baharu objek tersebut sebagai 'jade rabbit' atau batu jed arnab setelah kenderaan robotik China itu mendekati dan merakamkan imejnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!