Penyerang rakyat Australia

No Image Caption
A
A
A

SYDNEY - AUSTRALIA. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata penyerang yang melancarkan serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand hari ini adalah rakyatnya.

Beliau turut mengutuk serangan itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan pengganas.

Serangan berdarah di Masjid al Noor, Christchurch hari ini telah distrim secara langsung selama 17 minit oleh penyerang.

NZ Herald melaporkan, penembak yang memperkenalkan diri sebagai ‘Brenton Tarrant’, seorang lelaki berkulit putih dan berusia 28 tahun dilahirkan di Australia.

Polis Canterbury berkata, mereka sedang berusaha supaya klip berkenaan dibuang daripada media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!