Forest congak peluang

Pemain gantian Nottingham Forest, Lewis Grabban meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto Reuters
Pemain gantian Nottingham Forest, Lewis Grabban meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto Reuters
A
A
A

SETELAH berjaya menewaskan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA pada Isnin, pengendali Nottingham Forest, Steve Cooper menegaskan dia kini mula mencongak peluang skuad kendaliannya itu bagi berdepan juara bertahan, Leicester City pada aksi pusingan keempat yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari depan.

Menurut Cooper, kejayaan menumbangkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu cukup membanggakan beliau dan diharap menjadi bekal semangat menjelang aksi berdepan satu lagi kelab EPL, Leicester City yang juga adalah juara bertahan, pada pusingan keempat nanti.

“Satu kemenangan yang cukup membanggakan kerana kami berjaya menewaskan kelab berpengaruh dari saingan EPL seperti Arsenal.

“Kini, kami mahu terus memandang ke hadapan bagi berdepan Leicester pada pusingan keempat nanti yang dijadualkan berlangsung di gelanggang kami sendiri.

“Diharapkan juga, kami akan mencatatkan satu lagi kemenangan dan seterusnya mara lebih jauh kali ini,’ katanya.

Forest mara ke pusingan keempat Piala FA setelah menewaskan Arsenal 1-0 hasil jaringan pemain gentian, Lewis Grabban pada minit ke-83 yang sekali gus turut mengulangi kemenangan 4-2 ke atas lawan sama pada peringkat yang sama pada musim 2018 lalu.

Mengulas mengenai aksi berdepan Arsenal, Cooper menegaskan dia cukup berpuas hati dengan aksi yang dipersembahkan kesebelasan pemain.

Katanya, pemain-pemain Forest telah beraksi mengikut perancangan selain berjaya mengekang asakan-asakan yang dilancarkan pelawat.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, kami berhak memenangi perlawanan ini. Kami sedar kami berdepan dengan pasukan yang hebat.

“Untuk itu, kami telah sediakan percaturan tersendiri dan ia ternyata ‘menjadi’ dan saya cukup gembira atas kejayaan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!