Covid-19: Tempoh kuarantin di UK kini lima hari
TEMPOH kuarantin akibat Covid-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.
Menurut Setiausaha Pendidikan UK Nadhim Zahawi, kerajaan mengambil keputusan tersebut berdasarkan kajian saintifik.
Ketika ini, mereka yang disahkan dijangkiti Covid-19 di negara itu hanya perlu menjalani tempoh tujuh hari kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif pada hari keenam dan ketujuh.
"Saya pastinya akan berpegang kepada nasihat saintifik terhadap perkara ini.
"Ia akan banyak membantu proses mitigasi terhadap tekanan di sekolah, beberapa sektor kritikal dan lain-lain. Ia pastinya dilakukan berdasarkan nasihat daripada pakar," katanya.
Malah ada beberapa pihak menggesa agar tempoh kuarantin dipendekkan lagi, namun menurut Zahawi, pihak berkuasa kesihatan akan terus mengkaji perkara tersebut.
Di London pada Jumaat, 200 anggota tentera termasuk 40 paramedik digerakkan ke hospital bagi membantu beban petugas kesihatan susulan kekurangan tenaga kerja akibat dijangkiti Covid-19.
Untuk rekod, sejumlah 39,142 petugas Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dijangkiti Covid-19 setakat 2 Januari lepas dan menunjukkan peningkatan sehingga 59 peratus berbanding minggu sebelumnya. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!