Polis siasat pemandu van muat naik gambar, mesej tidak puas hati

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti PDRM.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti PDRM.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemandu van yang memuat naik gambar dan mesej tidak berpuas hati terhadap seorang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pemandu van itu bertindak memuat naik tohmahan di laman sosial berikutan tidak berpuas hati selepas disaman pada Jumaat lalu kerana melanggar lampu isyarat di daerah ini.

Menurutnya, kejadian disedari pihaknya selepas tular di media sosial pada jam 9.20 malam Sabtu.

"Pemandu van terbabit didapati melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah pada jam 6.20 petang Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ramli berkata, van komersial itu ditahan selepas pemeriksaan dijalankan di Kilometer 24 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!