Keahlian pemimpin, ADUN Bersatu ke PBM gugur secara automatik

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM – Kemasukan pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menyebabkan keahlian mereka di dalam parti gugur secara automatik.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara itu adalah jelas di dalam perlembagaan parti.

“Perlembagaan Bersatu jelas mengatakan sekiranya mana-mana ahli Bersatu menyertai parti lain, maka keahlian mereka secara automatik tergugur.

“Peraturan ini konsisten dan terpakai kepada semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Dalam hantarannya itu juga, beliau turut memuat naik laporan pada Sabtu lalu bertajuk ‘Pemimpin, ADUN Bersatu lompat ke Parti Bangsa Malaysia’.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menambah, perjuangan Bersatu juga tidak terkesan dengan perkembangan terbabit.

“Bersatu akan terus bergerak dengan agenda integriti, tadbir urus yang baik, antirasuah dan anti salah guna kuasa demi memberikan manfaat kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama.

“Bersatu juga semakin berkembang dengan bilangan keahlian yang meningkat setiap bulan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!