19 maut apartmen terbakar di New York
NEW YORK - Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan berpuluh-puluh cedera selepas satu kebakaran memusnahkan sebuah apartmen di Bronx, New York, kata Datuk Bandar, Eric Adams pada Ahad.
Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa beberapa kanak-kanak antara yang maut dalam kejadian itu.
Adams memberitahu CNN bahawa seramai 63 orang telah cedera.
"Ini akan menjadi salah satu kebakaran terburuk dalam sejarah kita," katanya.
Mereka yang cedera dibawa ke lima buah hospital dengan ramai yang mengalami serangan jantung dan pernafasan, lapor New York Times.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!