Empat juta penduduk Israel mungkin dijangkiti Covid-19

Antara dua hingga empat juta penduduk Israel dijangka dijangkiti dengan Covid-19. - Foto Getty Images
Antara dua hingga empat juta penduduk Israel dijangka dijangkiti dengan Covid-19. - Foto Getty Images
A
A
A

BAITULMAQDIS - Hampir 40 peratus daripada penduduk Israel dijangka dijangkiti oleh Covid-19 dalam gelombang semasa virus itu, kata Perdana Menteri, Naftali Bennett pada Ahad.

"Data yang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet menunjukkan bahawa di Israel, antara dua hingga empat juta rakyat secara keseluruhan akan dijangkiti gelombang semasa ini," ciap Bennett dalam akaun Twitternya.

Israel yang mempunyai 9.4 penduduk telah menyaksikan jangkitan hampir empat kali ganda sepanjang minggu lalu berbanding sebelumnya.

Menurut Kementerian kesihatan, terdapat 17,518 jangkitan baharu pada Sabtu lalu.

Lebih 1.5 juta kes Covid termasuk 8,269 kematian telah direkodkan secara rasmi di Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!