Mister Potato lancar dua perisa baharu

Mister Potato melancarkan dua kerepek kentang edisi terhad dan set kotak yee sang sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Mister Potato melancarkan dua kerepek kentang edisi terhad dan set kotak yee sang sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama kerepek kentang, Mister Potato melancarkan dua perisa edisi terhad iaitu ayam oren dan udang kara pedas dalam kempen Hari-Hari Mau Chic-Ka- Boom sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2022.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Mamee-Double Decker, Pierre Pang berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, Mister Potato akan melancarkan dua perisa kerepek kentang cita rasa Asia menjelang perayaan tersebut pada setiap tahun.

“Sebagai sajian ala Asia yang terkenal, resipi ayam oren kini dihasilkan dalam kerepek kentang dengan perisa penuh kelazatan ayam dan oren manis untuk memberi rasa yang menyegarkan kepada pengguna. Bagi perisa udang kara pedas pula membawakan perisa makanan laut pedas yang digemari rakyat Malaysia.

“Perisa baharu kami mengiktiraf semangat dan makna di sebalik resipi asal dan kami memperkenalkan kerepek kentang ini untuk dihidangkan sebagai sebahagian daripada bahan sajian yee sang. Dalam dialek Cina, limau mandarin disebut ‘kam’ yang membawa maksud ‘emas’ dan dipercayai membawa kekayaan manakala udang kara melambangkan kekuatan dan kemakmuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mister Potato melancarkan dua kerepek kentang edisi terhad berperisa ayam oren dan udang kara pedas sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.
Mister Potato melancarkan dua kerepek kentang edisi terhad berperisa ayam oren dan udang kara pedas sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.

Pang berkata, kedua-dua perisa dijual dalam 150 gram kanister (balang silinder) dan sempena Tahun Baru Cina 2022, pihaknya bekerjasama dengan Kumpulan Tai Thong menghasilkan set kotak yee sang edisi terhad.

Artikel Berkaitan:

“Versi khas ini boleh didapati menerusi laman web Runcit on Call dan juga Mamee Official Store di Shopee dan Lazada. Kami berkeyakinan perisa baharu ini akan menambat selera pengguna Malaysia dan mendapat sambutan hangat,” katanya.

Beliau berkata, Mister Potato perisa ayam oren dan Mister Potato perisa udang kara pedas boleh didapati dalam kanister 150g berharga RM4.60 di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Perisa edisi terhad itu juga boleh didapati dalam bentuk set hadiah bernilai RM55 setiap satu. Set Yee Sang Tahun Baru Cina Mister Potato X Tai Thong boleh dipesan menerusi Mamee Official Store di Lazada dan Shopee atau menerusi laman web.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!