[VIDEO] Bukan saya lantik Azam Baki: Muhyiddin

Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, pada Isnin.
Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak tertentu tidak mengheret beliau dalam kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, walaupun pelantikan Azam dibuat ketika beliau menerajui negara, ia melalui proses sepatutnya.

"Bukan saya yang lantik tetapi diperakukan oleh sebuah jawatankuasa yang mana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika itu yang mengemukakan cadangan namanya," katanya pada sidang akhbar mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Azam didapati layak dan melepasi kriteria yang ditetapkan.

"Jawatan kerajaan terutama penting seperti itu tidak buat secara begitu mudah," katanya.

Muhyiddin berkata, pelantikan Azam bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandang sebelum ini, Latheefa Koya.

"Saya tak rasa ada kesalahan (prosedur pelantikan), urusan dibuat oleh KSN dan saya memperakukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

"Jadi jangan kaitkan proses itu (pelantikan) dengan kes yang kita dengar sekarang ini, saya tak mahu ulas kes itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak minggu lalu, Azam yang merupakan orang nombor satu SPRM dihimpit kontroversi pemilikan saham beberapa syarikat senaraian awam.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan persoalan sama ada Muhyiddin membuat pemeriksaan terperinci sebelum melantik Azam pada Mac 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!