Isu pembatalan visa: Djokovic menang kes mahkamah
Djokovic dibebaskan dari tahanan imigresen selepas mendapat perintah mahkamah. - Foto AFP
A
A
A
Selepas membaca penghakimannya, Hakim Anthony Kelly mengarahkan Djokovic dibebaskan dalam masa 30 minit dan pasport serta dokumen peribadinya yang lain dikembalikan.
Keputusan itu menghidupkan semula usaha Djokovic - pemain nombor satu dunia untuk memenangi rekod kejuaraan Grand Slam ke-21 pada Terbuka Australia 2022 yang bakal berlangsung dari 17 hingga 30 Januari ini.
Malah, keputusan itu menjadi satu tamparan hebat buat kerajaan Australia yang menetapkan syarat ketat ke atas pelancong asing yang tiba sejak dua tahun lalu susulan pandemik Covid-19.
Terdahulu, Kelly dalam prosiding telah mengkritik soal siasat selama berjam-jam ke atas Djokovic sejurus bintang handalan Serbia itu tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada Rabu.
Sebaik disoal siasat, pihak kerajaan Australia membatalkan visa Djokovic yang juga juara sembilan kali Terbuka Australia kerana tidak mempunyai bukti sudah divaksinasi sepenuhnya bagi mencegah Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!