Kes positif global lebih 309 juta, korban 5.49 juta

Covid-19 Indonesia - Foto fail Reuters
Covid-19 Indonesia - Foto fail Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 309 juta berikutan pertambahan lebih 1.96 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 60.9 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 35.7 juta kes dan 22.5 juta kes.

Negara yang melebihi angka 10 juta kes adalah United Kingdom, Perancis dan Rusia manakala Turki merekodkan lebih sembilan juta kes.

Sementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tujuh juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.2 juta.

Ini diikuti Filipina dengan hampir tiga juta, Malaysia 2.78 juta dan Thailand dengan 2.2 juta kes.

Manakala singapura melebih 286,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.49 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 838,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 620,000 kes, India lebih 483,000 kes dan Rusia lebih 310,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 300,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 52,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!