Djokovic harap dapat beraksi di Terbuka Australia

Djokovic dibebaskan dari tahanan imigresen selepas mendapat perintah mahkamah.
Djokovic dibebaskan dari tahanan imigresen selepas mendapat perintah mahkamah.
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic masih berharap dapat beraksi pada Terbuka Australia selepas memenangi pertarungan mahkamah untuk kekal di Australia.

Menurut Djokovic, fokusnya kini adalah untuk mempertahankan kejuaraan grand slam pertama tahun ini yang diraihnya pada edisi lalu.

"Saya gembira dan bersyukur kerana hakim membatalkan pembatalan visa saya.

"Kini saya berhasrat untuk kekal dan cuba bersaing di Terbuka Australia yang menjadi fokus utama saya ketika ini.

"Saya terbang ke sini untuk bermain di salah satu acara paling penting yang kami ada di hadapan peminat yang hebat," katanya.

Terdahulu, hakim di Melbourne menukar keputusan membatalkan visa Djokovic berdasarkan latar belakang penyakit Covid-19 yang dialami pemain Serbia itu.

Keputusan tersebut juga menamatkan penahanan pemain tidak divaksin itu yang mungkin memberi laluan baginya bermain dalam kejohanan bermula Isnin depan.

Dalam pada itu, ibu Djokovic, Dijana, turut melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang dibuat oleh hakim Melbourne sambil menganggap ia sebagai satu kejayaan yang paling besar dalam karier anaknya berbanding

Artikel Berkaitan:

"Kejayaan terbesar dalam karier pemain itu, lebih besar berbanding semua grand slam pernah dimenanginya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!