Moorthy dipanggil ke Bukit Aman hari ini

 Waytha Moorthy
Waytha Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mengesahkan beliau akan hadir ke Bukit Aman hari ini bagi dirakamkan keterangannya.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan waktu sebenar proses rakaman keterangannya itu akan dilakukan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sebelum ini pernah memanggil pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu namun beliau meminta penangguhan.

Sebelum ini kesemua 191 Pemuda Umno Bahagian membuat laporan polis terhadap Moorthy susulan kenyataan kontroversinya dalam video yang tular baru-baru ini.

[ARTKEL BERKAITAN: Papa Gomo ditahan keluar kenyataan berbaur hasutan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bila pula nak tahan Moorthy, Ganabatirau?, soal KP Umno]

Rakaman video tular adalah mengenai wawancara Moorthy di Belanda kira-kira 10 tahun lalu yang menuduh kerajaan BN mendiskriminasi masyarakat India di Malaysia.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa polis lambat bertindak terhadap Moorthy yang mendapat ratusan laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Sedangkan menurut Asyraf, Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menaikkan sentimen perkauman ditangkap selepas menerima 17 laporan polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!