Guru besar ditahan SPRM salah guna wang sumbangan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan wang sumbangan kira-kira RM8,000.

Wanita berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Selasa ketika dipanggil SPRM untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Menurut sumber, suspek hadir ke pejabat itu bagi membantu siasatan berhubung wang sumbangan yang diterimanya.

Bagaimanapun, suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada minggu ini juga.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan," katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!