Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di pasaran tunai. Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di pasaran tunai. Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2022 menambah 21 mata kepada 1,567.0, Februari 2022 naik 21.5 mata kepada 1,567.5, Mac 2022 menokok 20.0 mata kepada 1,558.0 dan Jun 2022 meningkat 19.0 mata kepada 1,552.0.

Jumlah dagangan naik 7,465 lot daripada 4,375 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat 35,546 kontrak daripada 32,911 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI bertambah 14.12 mata untuk ditutup tinggi pada 1,564.29 berbanding 1,550.17 ketika ditutup pada Isnin.-- BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!