Polis siasat majlis parti politik langgar SOP

Gambar tular yang dimuat baik di Twitter pada Ahad
Gambar tular yang dimuat baik di Twitter pada Ahad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung satu majlis membabitkan sebuah parti politik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sini.

Kejadian tersebut didedahkan menerusi satu gambar tular yang berlatar belakangkan lambang dan nama sebuah parti politik yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama Meme@Knowledge9701 pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan gambar tersebut pada Selasa dipercayai diambil dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Ismail, Chow Kit di sini.

"Posting yang tular di laman media sosial Twitter mengenai pelanggaran SOP PPN di mana terdapat beberapa individu yang tidak memakai pelitup muka pada satu majlis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) (PPN) 2021," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!