Padah curi duit masjid, pemuda dimandikan seperti jenazah

Imam masjid memandikan pemuda yang ditangkap mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
Imam masjid memandikan pemuda yang ditangkap mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara ditangkap mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial telah dikongsikan pengguna Twitter itu dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.

Dalam situasi tegang, pemuda itu kemudiannya dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.

Dia dilihat cuba untuk bangun dan melarikan diri ketika imam mula mencurahkan air ke atasnya yang lengkap berpakaian.

Bagaimanapun, masih belum dapat dikenal pasti di mana kejadian itu berlaku.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan tidak kurang juga mengecam tindakan penduduk kampung mengenakan hukuman seperti itu kepada pemuda terbabit.

“Pengajaran yang baik. Bukan dipukul sehingga mati, tetapi pengajaran sebegini lebih memberi kesan. Diharap berubah,” ciap @amofficialmy.

“Ini ajaran Islam ke atau hanya Islam kat nama saja, aku bukan menyokong yang mencuri, tapi biarlah hukuman diadili. Islam itu mudah dan indah, tetapi segelintir manusia yang sebegini, menampakkan Islam buruk pada pandangan,” ciap @Simra181.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!