Penduduk tidak divaksin Covid-19 diwajibkan membayar cukai

Penduduk yang tidak divaksinkan akan dikenakan cukai kesihatan di Quebec tidak lama lagi. - Foto AFP
Penduduk yang tidak divaksinkan akan dikenakan cukai kesihatan di Quebec tidak lama lagi. - Foto AFP
A
A
A

MONTREAL - Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.

Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan baharu di wilayah yang sedang bergelut menghalang penularan varian baharu Omicron itu.

Menurut Ketua Menteri itu, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan.

Katanya, seramai 10 peratus penduduk di Quebec yang masih belum menerima vaksin sepatutnya tidak boleh membahayakan kesihatan 90 peratus orang yang sudah divaksinasikan di wilayah tersebut.

Beliau menyatakan bahawa mereka yang tidak divaksinasi atas sebab perubatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai baharu itu.

Pada 30 Disember tahun lalu, wilayah tersebut mengembalikan sekatan tertentu termasuk perintah berkurung pada jam 10 malam dan larangan mengadakan perhimpunan peribadi.

Secara keseluruhan, seramai 2,742 orang yang dijangkiti Covid telah dimasukkan ke hospital dan lebih 250 orang diberikan rawatan rapi di Quebec yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!