Lebih separuh penduduk Eropah dijangka dijangkiti Omicron

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan ramai penduduk di Eropah akan dijangkiti varian baharu Covid-19 pada Mac depan. - Foto AFP
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan ramai penduduk di Eropah akan dijangkiti varian baharu Covid-19 pada Mac depan. - Foto AFP
A
A
A

COPENHAGEN - Lebih separuh penduduk di Eropah kemungkinan dijangkiti dengan varian baharu Covid-19, Omicron pada bulan Mac depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Ia menyatakan demikian ketika Bank Dunia memberi amaran bahawa varian tersebut mungkin menghambat pemulihan ekonomi global.

Varian Omicron mudah menular dan telah melanda hampir kebanyakan negara sehingga menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan tindakan-tindakan baharu manakala beberapa kerajaan di dunia melaksanakan suntikan penggalak ke atas penduduk.

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge menyatakan bahawa Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) meramalkan bahawa lebih 50 peratus penduduk di rantau ini akan dijangkiti Omicron dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi.

Rantau Eropah yang berada dalam pemantauan WHO itu merangkumi sebanyak 53 buah negara dan wilayah termasuk di Asia Tengah.

Sejak 11 Januari 2020, kematian yang disebabkan oleh wabak itu telah meningkat kepada lebih empat juta orang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!