Ramai tidak serik, pentingkan diri sendiri

Sebanyak 134 saman memotong barisan dikeluarkan polis dalam operasi selama tempoh 10 hari di sekitar Seremban.
Sebanyak 134 saman memotong barisan dikeluarkan polis dalam operasi selama tempoh 10 hari di sekitar Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 134 saman memotong barisan dikeluarkan polis dalam tempoh 10 hari operasi itu dilaksanakan di sekitar daerah ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superitendan Shafiei Muhammad berkata, jumlah itu menunjukkan masih ramai yang tidak serik dan memilih sikap mementingkan diri ketika di jalan raya.

"Kita akan teruskan operasi ini dari semasa ke semasa kerana perbuatan memotong barisan boleh menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya terutama pada waktu puncak.

"Saya dapati masih ramai yang tidak serik atau mereka ini adalah kumpulan yang belum dikenakan saman," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, dalam operasi terbaharu di Jalan Bukit Nenas-Sendayan pada Selasa jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, kesalahan memotong barisan paling tinggi direkodkan berbanding kesalahan lain.

Beliau berkata, daripada 41 saman dikeluarkan pada hari berkenaan, 20 saman adalah kesalahan memotong barisan.

"Tujuh lagi saman dikeluarkan atas kesalahan aksesori, tiada lesen memandu (enam), Lesen Kenderaan Motor (lima) dan tiga lagi saman kerana gagal mempamerkan lesen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!