[VIDEO] Selamba buang, bakar sampah terbuka
BATU CAVES - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan seorang lelaki yang melakukan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah di Taman Raintree di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, perbuatan lelaki tersebut dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan hotspot itu pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, lelaki tersebut tiba di lokasi sekitar jam 6 petang dengan menaiki van Nissan Vanette biru sebelum membuang beberapa sampah termasuk tilam bujang dan kemudian membakarnya.
"MPS kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menyebabkan kacau ganggu dari segi kebersihan kepada penduduk setempat dan asap pembakaran menyebabkan pencemaran alam sekitar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, MPS sedang melakukan carian maklumat lelaki berkenaan dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.
"Kita ada imej jelas pelaku dan akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan di lokasi kejadian," katanya.
Ahmad Fauzi turut menasihatkan orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka dan menghubungi MPS jika berlaku kejadian pembuangan sampah yang tidak sistematik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pejabat Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
24 Disember 2024 06:40pmAir Selangor kongsi keceriaan bersama kanak-kanak, warga emas sempena Krismas
24 Disember 2024 06:31pm14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
24 Disember 2024 04:40pmNur Syafawati Damia raih juara dunia di Prague
24 Disember 2024 02:56pm14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
24 Disember 2024 04:40pmSetiausaha Kabinet Indonesia dikritik timbulkan kekeliruan
24 Disember 2024 07:42pmPempengaruh Man Kulim Peninnggg meninggal dunia
24 Disember 2024 09:45pmPemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
24 Disember 2024 02:04pm