Klopp kekalkan barisan sama berdepan Arsenal

Kesebelasan Liverpool ketika menewaskan Shrewsbury Ahad lalu. - Foto This Is Anfield
Kesebelasan Liverpool ketika menewaskan Shrewsbury Ahad lalu. - Foto This Is Anfield
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp membuat keputusan untuk mengekalkan kesebelasan The Reds menjelang aksi separuh akhir pertama Piaa Liga berdepan Arsenal di Anfield pada Jumaat.

Menurut Klopp, kesebelasan yang diturunkan ketika menewaskan Shrewsbury 4-1 dalam saingan Piala FA Ahad lalu telah mempamerkan aksi terbaik.

Justeru, Klopp tidak menolak dan kesebelasan sama diyakini mampu mengulangi kemungkinan besar kesebelasan sama diturunkan pada aksi separuh akhir berkenaan.

“Setelah menewaskan Shrewsbury, kita yakin barisan pemain yang bakal beraksi nanti mampu memberikan tentangan sengit dalam usaha mencapai kemenangan.

“Oleh itu, kita akan susun pemain-pemain terbaik kita untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, hasil kemenangan berkenaan menyaksikan The Reds mara ke pusingan keempat dan dijadualkan berdepan Cardiff City, Februari depan.

Sementara itu, Klopp berkata, beliau mengesyaki keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas The Reds minggu lalu sebagai keputusan palsu.

Menurut Klopp, laporan berhubung peningkatan jumlah kes secara tiba-tiba dalam skuad kendaliannya itu telah menimbulkan persoalan mengenai ujian yang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

“Minggu lalu, semua pemain Liverpool telah menjalani ujian Covid-19 dan disyaki kebanyakannya telah mendapat keputusan palsu kerana hanya Trent Alexander-Arnold merupakan satu-satunya pemain yang disahkan positif Covid-19.

“Oleh kerana laporan palsu itu, ramai pemain yang tidak dapat beraksi pada aksi pusingan ketiga Piala FA berdepan Shrewsbury Ahad lalu hingga kita putuskan untuk menurunkan sebahagian besar pemain muda untuk beraksi.

“Biarpun menurunkan pemain muda, kita masih mampu mempamerkan aksi terbaik dan mencatatkan kemenangan bagi mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!