Cuaca Musim Tengkujuh

No Image Caption
A
A
A

Masjid Bandar Kuching diliputi awan mendung dirakam dari atas Jambatan Darul Hana, Kuching, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula semalam sehingga esok yang meliputi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini bersiap siaga menghadapi sebarang bencana banjir pada musim tengkujuh atau monsun Timur Laut.

Pengerusi JPBN yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata semua agensi di setiap daerah juga telah diarahkan untuk bersiap sedia digerakaturkan pada bila-bila masa.

Katanya, sejumlah 6,705 anggota dari lapan agensi kerajaan akan terlibat, manakala dari segi aset sejumlah 286 bot, 115 lori, 247 kereta pacuan empat roda, tiga helikopter dan tiga kenderaan amfibia akan digunakan semasa misi menyelamat.

Sejumlah 621 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang boleh menampung sejumlah 185,067 mangsa turut telah disediakan dan mungkin akan ada penambahan PPS dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

Uggah menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada terutamanya mereka yang berada di kawasan rendah dan mudah dinaiki air dan bersedia untuk berpindah segera ke PPS jika diarahkan berbuat demikian. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia