Penyanyi Lata Mangeshkar masuk ICU akibat Covid-19

Lata Mangeshkar - Foto Reuters
Lata Mangeshkar - Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Penyanyi legenda Bollywood Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai setelah disahkan positif Covid-19.

Ikon pementasan Hindi berusia 92 tahun itu mengalami radang paru-paru akibat jangkitan Covid-19 dan kini berada dalam pemantauan di ICU, lapor media tempatan.

"Penyanyi Lata Mangeshkar akan terus menerima rawatan di wad ICU. Beliau akan berada di bawah pemerhatian selama 10 hingga 12 hari," kata seorang doktor.

Mangeshkar pernah menerima rawatan di hospital yang sama akibat jangkitan dada dan masalah pernafasan pada November 2019.

Penyanyi latar (playback) itu telah menyanyikan beribu-ribu lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, Marathi dan Benggali, sepanjang kerjayanya yang telah menjangkau tujuh dekad.

Beliau telah menerima beberapa anugerah kebangsaan India, termasuk anugerah penghormatan awam tertinggi ‘Bharat Ratna’. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!