[VIDEO] Pemantauan lemah punca hutan diteroka secara haram
SHAH ALAM - Penguat kuasa yang diamanahkan menjaga hutan perlu turun padang dan peka dengan situasi di kawasan mereka.
Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pemantauan lemah punca hutan boleh diteroka secara haram dan pembalak yang dilesenkan boleh mengambil kesempatan.
"Mereka memotong balak yang berharga dan mencampakkan balak yang tidak boleh dijual ke sungai. Tidak ada pemeriksaan dalam hutan tebal
"Apabila ada aduan, kerajaan Persekutuan kata perkara itu di bawah negeri, macam nak cuci tangan," katanya ketika ditemubual Tokoh Wartawan Negara yang juga moderator Program Bersama Johan Jaaffar pada Isnin.
Menurutnya, sikap berkenaan perlu dielakkan kerana hutan merupakan nadi kehidupan manusia dan makhluk ALLAH SWT yang lain.
"Kehidupan orang asli terjejas, sehingga tiada makanan, habitat harimau terganggu sehingga mengancam manusia. Ini semua kerana ekosistem terganggu.
Jelasnya tidak guna ada bangunan yang hebat jika air sungai tercemar.
"Hutan kita adalah gedung perubatan. Sepatut kita belajar dengan orang asli yang tinggal lebih lama dalam hutan. Ubat mereka daripada hutan. Kena jaga sekurang-kurangnya ada 50 peratus hutan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!