[VIDEO] Terkilan pemimpin perlekeh usaha rakyat pulihara alam sekitar

Shariffa Sabrina ketika menjawab soalan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator Program Bersama Johan Jaaffar di sini pada Rabu.
Shariffa Sabrina ketika menjawab soalan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator Program Bersama Johan Jaaffar di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin perlu mendengar pandangan, bukan memperlekehkan usaha rakyat untuk memulihara alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, beliau amat terkilan kerana ada pemimpin berfikiran seperti itu.

"Sebagai pemimpin, kena jaga rakyat dahulu. Kalau nak buat pembangunan, kena fikir kesan negatif. Contoh nak buka hutan untuk pembalakan, apa buruk kepada orang kampung. Bila buka hutan pasti air sungai akan kotor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator Program Bersama Johan Jaaffar di sini pada Rabu.

Ia berhubung terdapat Menteri Besar yang berkata pandangan netizen mengenai pembalakan adalah punca banjir, dikutip dari longkang.

Sementara itu, Shariffa Sabrina berkata, salah guna kuasa termasuk rasuah turut didakwa menjadi punca isu alam sekitar termasuk pembukaan hutan secara haram boleh berlaku.

"Negara kita banyak sangat VVIP. Bila tegur dia masukkan saya dalam lokap.

"Saya tegur pembukaan hutan di Johor sampai memusnahkan tempat-tempat gajah buat pusingan U. Sebagai pemimpin, kita tak boleh biarkan perkara ini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!