'InsyaALLAH kamu semua berada di syurga'

Sonny Bill Williams
Sonny Bill Williams
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Bintang All Blacks, Sonny Bill Williams, turut melahirkan rasa sedihnya dengan tragedi tembakan rambang di masjid di Christchurch apabila memuat naik sebuah video di akaun Twitternya.

Dalam video tersebut, Williams kelihatan berkongsi perasaan pilunya selain menyatakan sokongan emosi untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

"Pedihnya hati saya dengan apa yang berlaku di Christchurch. Kasih dan doa saya untuk keluarga yang terlibat," tulis kapsyennya.

Pemain ragbi tersebut yang telah memeluk agama Islam pada tahun 2008, dengan rasa sebak berkata, dia masih tidak boleh 'hadam' dengan situasi yang telah berlaku.

“Saya menyampaikan doa saya kepada keluarga mangsa, dan nampaknya terdapat 30 mangsa yang telah meninggal dunia.”

"InsyaALLAH kamu semua berada di syurga dan saya sangat sedih bahawa ini akan berlaku di New Zealand," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!