MR D.I.Y tidak akan naikkan harga barang

MR D.I.Y mengekalkan harga barang di semua cawangannya di seluruh negara menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’.
MR D.I.Y mengekalkan harga barang di semua cawangannya di seluruh negara menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) tidak akan menaikkan harga barang di bawah tiga jenamanya iaitu MR D.I.Y, MR TOY and MR DOLLAR sehingga 31 Mac 2022 menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’ di seluruh Malaysia.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, pandemik yang melanda telah menjejaskan nilai rantaian pemasaran global menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat.

“Ramai peniaga meletakkan kadar kos peningkatan tersebut ke atas pembeli dengan menaikkan harga pasaran. MR D.I.Y nekad untuk memastikan harga barangan stabil agar para pembeli tidak turut terkesan.

“Kami memanfaatkan hubungan terus dengan kilang pengeluar, sistem logistik kami yang sedia ada serta keputusan data analitik untuk memastikan kami sentiasa memberikan yang terbaik pada kadar harga yang berpatutan dan mampu milik kepada para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Goh berkata, sebanyak 886 cawangan di seluruh Malaysia serta saluran dalam talian e-dagangnya juga membantu memastikan mereka mendapat akses kepada barangan keperluan itu.

“Dengan komitmen untuk tidak menaikkan harga barang, kami berharap agar dapat terus memberi kemudahan buat rakyat Malaysia tanpa merasa terbeban lebih-lebih lagi ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, Kumpulan MR D.I.Y juga cekap memastikan stok barangan di cawangan-cawangan mereka mencukupi berdasarkan keperluan pelanggan di setiap kawasan termasuk barangan pembersihan diperlukan oleh mereka yang terkesan akibat banjir.

“Selain itu, peralatan persekolahan seiring dengan pembukaan sesi persekolahan bermula 10 Januari 2022 serta pelitup muka, pelindung muka, cecair pembasmi kuman serta barangan keperluan lain bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Pada November 2021, kumpulan ini juga telah mengumumkan pelancaran set ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan oleh kerajaan untuk para pelanggannya,” katanya.

Menurut Goh, pelanggan juga boleh mendapatkan lebih 18,000 barangan keperluan harian dari cawangan MR D.I.Y seperti makanan, minuman, barangan keperluan rumah pada harga tetap RM2 atau RM5 di kedai MR DOLLAR serta permainan kanak-kanak dengan harga berpatutan di MR TOY.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!