Tiga anggota polis didakwa peras ejen jualan kenderaan ditahan

Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang ejen jualan kenderaan pada Selasa lepas.
Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang ejen jualan kenderaan pada Selasa lepas.
A
A
A

AMPANG - Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang ejen jualan kenderaan di Persiaran Pandan Prima, Dataran Pandan Prima di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun mendakwa ditahan oleh dua anggota polis.

"Suspek seterusnya membuat pemeriksaan terhadap telefon pengadu dan mendakwa pengadu mempunyai kesalahan atas milikan sesuatu dokumen.

"Suspek kemudian meminta sejumlah wang tunai untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamad Farouk berkata, akibat takut, mangsa telah menyerahkan wang secara tunai dan melakukan transaksi dalam talian melalui akaun bank atas nama seorang lelaki tempatan.

Katanya, susulan kejadian itu, tiga anggota polis berusia 36 hingga 40 tahun telah ditahan pada jam 2 petang Rabu.

"Usaha mengesan suspek yang masih bebas terutama pemilik akaun masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang pernah mengalami kes seumpama ini diminta tampil untuk membuat laporan polis. Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis dalam sesuatu jenayah yang dilakukan.

"Kita juga sentiasa bersikap adil dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat," kata beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!