Tunggakan gaji pemain Melaka United dibincang dalam kongres
ISUtunggakan gaji pemain Melaka United akan diputuskan selepas Mesyuarat Kongres Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Ahad ini.
Presiden MUSA, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan berkaitan isu berkenaan sehingga mesyuarat kongres diadakan.
"Setakat ini tiada langkah awal hanya perlu tunggu kongres bermesyuarat Ahad ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Seminar Bemban Maju Jaya Kali Pertama di Kompleks Japerun Bemban, di sini pada Khamis.
Pada Selasa lalu, pengurusan MUFC memberi jaminan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC bagi musim 2021 akan diselesaikan segera.
Malah, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) supaya segera menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan skuad Hang Tuah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!